Rawatan Fisioterapi Kota Kemuning
Bersama pasukan fisioterapi yang berpengalaman di Kota Kemuning, rawatan yang kami sediakan merangkumi sakit belakang, tulang rawan tergelincir (slip disc), sakit leher & bahu, kecederaan berkaitan sukan, skoliosis, pemulihan strok, sakit lutut dan juga ‘dry needling’.
Rawatan fisioterapi untuk semua umur
Harga yang berpatutan
Suasana yang selesa dan tenteram
Selamat Datang ke Fisio Anda di Kota Kemuning
Ahli fisioterapi kami akan menjalankan pemeriksaan yang terperinci bagi setiap pesakit supaya mereka faham masalah yang dihadapi sebelum memulakan rawatan.
Kami merawat setiap pesakit dengan penuh tanggungjawab kerana kami faham kesakitan yang mereka hadapi. Kami rasa lega dan gembira apabila melihat pesakit sembuh dengan penuh!

Servis Kami

Sakit belakang
Sakit belakang adalah masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kami. Ahli fisioterapi kami akan bantu melegakan otot yang tegang, sendi keras, membetulkan postur badan dan menguatkan otot yang lemah.

Sakit leher
Kebanyakan orang akan mengalami sakit leher pada satu masa dalam hidup mereka. Contoh sakit leher yang biasa berlaku adalah leher tegang, posisi leher yang tidak baik dan tulang rawan tergelincir. Kami akan bantu untuk memulihkan pergerakan pada tulang belakang, posisi leher dan otot tegang.

Sakit bahu
Sendi bahu sangat fleksibel berbanding sendi lain. Walaupun begitu, ia sangat mudah terdedah kepada kecederaan. Rawatan sakit bahu termasuklah teknik manual – urutan (soft tissue manipulation), regangan otot, pergerakan sendi (joint mobilization) dan senaman kuatkan otot.

Sakit pergelangan tangan
Sakit pergelangan tangan boleh diakibatkan oleh pergerakan yang berulang-ulang, cedera dan lain-lain. Ahli Fisioterapi akan melakukan pergerakan saraf, pergerakan sendi dan jarum untuk melegakan sakit.

Sakit lutut
Sakit lutut adalah masalah seperti osteoartritis, ligamen koyak (ACL tear), pelapik lutut koyak (meniscus tear), sakit kepala lutut dan patah tulang. Kita akan bantu dalam rehabilitasi lutut, kawalan dan pergerakan lutut.

Sakit buku lali
Buku lali adalah sendi diantara kaki dan tulang betis. Sakit buku lali biasa terjadi disebabkan terseliuh dan juga buku lali tidak stabil, artritis, gout, tendonitis dan patah tulang.

Dry needling
‘Dry needling’ adalah teknik rawatan moden yang menggunakan penggunaan jarum halus secara tunggal bagi membantu melegakan otot yang sakit. Jarum halus dicucuk ke dalam otot untuk mengurangkan otot yang bersimpul bagi membantu meredakan sakit dan meningkatkan fungsi otot.

Fisioterapi untuk sukan
Fisioterapi untuk sukan adalah cabang fisioterapi dimana kami merawat kecederaan yang berkaitan dengan sukan. Ahli Fisio sukan membantu atlet pulih daripada kecederaan yang dialami, merangka program senaman dan mengelakkan kecederaan daripada berlaku lagi.

Skoliosis
Skoliosis adalah keadaan perubatan yang menunjukkan lengkungan dari sisi pada tulang belakang yang kebiasaannya terjadi semasa lonjakan tumbesaran. Lengkungan akan lebih kelihatan pada bahagian atas dan tengah tulang belakang dan kadang-kadang di bahagian bawah tulang belakang juga.
Rawatan Oleh Pakar Fisio Anda
Sebab-sebab untuk datang ke Fisio Anda
Kami menyediakan rawatan yang disesuaikan untuk setiap pesakit dan memberikan senaman yang boleh dilakukan di rumah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Kami mempunyai ahli-ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam bidang ‘dry needling’, scoliosis dan isu-isu tulang belakang.
Kami memberikan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk pesakit melakukan senaman dan rawatan.
Kenali Ahli Fisioterapi Kami

Siti Zulaikha Binti Othman
Bachelor of Science (Hons) in Physiotherapy (INTI)
Specialize in:
- Post-Operative Rehabilitation
- Back Condition
- Peadiatrics
Certified in:
- HVLA Spinal Manipulation
- Management for UL impingement (Australia)
- Antenatal and Postnatal Physiotherapist
- Dynamic Neuromuscular Stabilization Practitioner

Fatima Zahra Binti Rusly
Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – National University of Malaysia
Specialize in:
- Women’s Health
- Neck, Elbow and Wrist Condition
- Back Condition
Certified in:
- Management for UL Impingement (Australia)
- Dry Needling Practitioner
- Thoracic & Ribcage Manual Therapy
- Rock Tape Practitioner
- Schroth Workshop physiotherapy
- Women’s Health Practitioner

Siti Nur Hidayah Bt Amir
Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – National University of Malaysia
Specialize in:
- Stroke & Spinal Cord Injury
- Return to Sports Management
- Post-Operative Management
Certified in:
- Trigger Point Dry Needling
- Maitland’s Mobilization (Vertebral and Peripheral)
- Joint Mobilization in Clinical Reasoning

Teh Zi Ying
Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – National University of Malaysia (UKM)
Specialize in:
- Spine Conditions
- Scoliosis Conditions
- Vestibular Rehabilitation
- Cardiac Rehabilitation
Certified in:
- Schroth Therapist – International Schroth Three Dimensional Scoliosis Therapy (ISST), Germany
- GEMt Dry Needling (Australia)
- Certified Fitness Instructor (Fitm)

Lai Yu Feng
Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – University Tunku Abdul Rahman
Specialize in:
- Spine Conditions
- Sports Injuries and Rehabilitation
- Women’s Health Conditions
Certified in:
- Dry Needling Practitioner (GEMt)
- CKTT Certified Kinesio Taping Technician
- Schroth Method Workshop
- Antenatal and Postnatal Physiotherapist
- I.P.A Pilates Instructor

Feedback Pelanggan Kami
Fisio Anda – Rawatan yang mengutamakan kebersihan.
1. Kami mengamalkan semua garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM dan Malaysia Physiotherapy Association dan World Health Organisation (WHO), sebagai langkah pencegahan COVID-19.
2. Ahli fisioterapi kami sentiasa mengekalkan kebersihan di klinik, termasuk langkah-langkah untuk membersihkan tangan yang betul sebelum, semasa dan selepas rawatan untuk setiap pesakit.
3. Piawaian kebersihan yang tinggi dan protokol yang ketat di tempat kami pada setiap masa ditingkatkan dengan memperkenalkan pembersih antimikrob untuk permukaan yang keras bagi mengurangkan risiko daripada virus dan jangkitan bakteria.
4. Kami menyediakan borang penilaian COVID-19 untuk diisi oleh setiap pesakit bagi mencegah penularan jangkitan.
5. Kain lap baru, sarung bantal, kertas penutup muka diberikan kepada setiap pesakit dan semua permukaan katil dibersihkan pada setiap masa.

Maklumat Klinik
Alamat
8, Jalan Anggerik Vanilla W 31/W,
Kota Kemuning, 40460
Shah Alam, Selangor
017-4461916
Waktu Operasi
Isnin : 09:00 – 18:00
Selasa : 09:00 – 18:00
Rabu : 09:00 – 18:00
Khamis : 09:00 – 18:00
Jumaat : 09:00 – 18:00
Sabtu : 09:00 – 18:00
Ahad : 09:00 – 13:00