Selamat Datang ke Fisio Anda di Kepong

Isnin – Sabtu

09:00 AM – 06:00 PM

Ahad

09:00 AM – 01:00 PM

Rawatan fisioterapi untuk semua umur

Harga yang berpatutan

Suasana yang selesa dan tenteram

Rawatan Fisioterapi Untuk Semua Peringkat Umur

Bersama pasukan fisioterapi yang berpengalaman di Kepong, rawatan yang kami sediakan merangkumi sakit belakang, tulang rawan tergelincir (slip disc), sakit leher & bahu, kecederaan berkaitan sukan, skoliosis, pemulihan strok, sakit lutut dan juga ‘dry needling’.

Sebab-sebab untuk datang ke Fisio Anda

l
Kami menyediakan rawatan yang disesuaikan untuk setiap pesakit dan memberikan senaman yang boleh dilakukan di rumah untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Kami memberikan persekitaran yang selesa dan kondusif untuk pesakit melakukan senaman dan rawatan.
h
Kami mempunyai ahli-ahli fisioterapi yang berpengalaman dalam bidang ‘dry needling’, scoliosis dan isu-isu tulang belakang.

Servis Kami

Sakit belakang

Sakit belakang adalah masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kami. Ahli fisioterapi kami akan bantu melegakan otot yang tegang, sendi keras, membetulkan postur badan dan menguatkan otot yang lemah.

Sakit leher

Kebanyakan orang akan mengalami sakit leher pada satu masa dalam hidup mereka. Contoh sakit leher yang biasa berlaku adalah leher tegang, posisi leher yang tidak baik dan tulang rawan tergelincir. Kami akan bantu untuk memulihkan pergerakan pada tulang belakang, posisi leher dan otot tegang.

Sakit bahu

Sendi bahu sangat fleksibel berbanding sendi lain. Walaupun begitu, ia sangat mudah terdedah kepada kecederaan. Rawatan sakit bahu termasuklah teknik manual – urutan (soft tissue manipulation), regangan otot, pergerakan sendi (joint mobilization) dan senaman kuatkan otot.

Sakit pergelangan tangan

Sakit pergelangan tangan boleh diakibatkan oleh pergerakan yang berulang-ulang, cedera dan lain-lain. Ahli Fisioterapi akan melakukan pergerakan saraf, pergerakan sendi dan jarum untuk melegakan sakit.

Sakit lutut

Sakit lutut adalah masalah seperti osteoartritis, ligamen koyak (ACL tear), pelapik lutut koyak (meniscus tear), sakit kepala lutut dan patah tulang. Kita akan bantu dalam rehabilitasi lutut, kawalan dan pergerakan lutut.

Sakit buku lali

Buku lali adalah sendi diantara kaki dan tulang betis. Sakit buku lali biasa terjadi disebabkan terseliuh dan juga buku lali tidak stabil, artritis, gout, tendonitis dan patah tulang.

Dry needling

‘Dry needling’ adalah teknik rawatan moden yang menggunakan penggunaan jarum halus secara tunggal bagi membantu melegakan otot yang sakit. Jarum halus dicucuk ke dalam otot untuk mengurangkan otot yang bersimpul bagi membantu meredakan sakit dan meningkatkan fungsi otot.

Fisioterapi untuk sukan

Fisioterapi untuk sukan adalah cabang fisioterapi dimana kami merawat kecederaan yang berkaitan dengan sukan. Ahli Fisio sukan membantu atlet pulih daripada kecederaan yang dialami, merangka program senaman dan mengelakkan kecederaan daripada berlaku lagi.

Skoliosis

Skoliosis adalah keadaan perubatan yang menunjukkan lengkungan dari sisi pada tulang belakang yang kebiasaannya terjadi semasa lonjakan tumbesaran. Lengkungan akan lebih kelihatan pada bahagian atas dan tengah tulang belakang dan kadang-kadang di bahagian bawah tulang belakang juga.

Rawatan Oleh Pakar Fisio Anda

Ahli Fisioterapi

Siti Zulaikha binti Othman

Siti Zulaikha binti Othman

Bachelor of Science (Hons) in Physiotherapy (INTI)

Specialize in:

  • Post-Operative Rehabilitation
  • Back Condition
  • Peadiatrics

Certified in:

  • HVLA Spinal Manipulation
  • Management for UL impingement (Australia)
  • Antenatal and Postnatal Physiotherapist
  • Dynamic Neuromuscular Stabilization Practitioner
Fatima Zahra Binti Rusly

Fatima Zahra Binti Rusly

Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – National University of Malaysia

Specialize in:

  • Women’s Health
  • Neck, Elbow and Wrist Condition
  • Back Condition

Certified in:

  • Management for UL Impingement (Australia)
  • Dry Needling Practitioner
  • Thoracic & Ribcage Manual Therapy
  • Rock Tape Practitioner
  • Schroth Workshop physiotherapy
  • Women’s Health Practitioner
Siti Nur Hidayah BT Amir

Siti Nur Hidayah BT Amir

Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – National University of Malaysia

Specialize in:

  • Stroke & Spinal Cord Injury
  • Return to Sports Management
  • Post-Operative Management

Certified in:

  • Trigger Point Dry Needling
  • Maitland’s Mobilization (Vertebral and Peripheral)
  • Joint Mobilization in Clinical Reasoning

 

 

Ho Kui Fei

Ho Kui Fei

Bachelor of Science in Physiotherapy (Hons) – University Tunku Abdul Rahman

Specialize in:

  • Neck
  • Back
  • Post-Operative Case

Certified in:

  • Trigger Point Dry Needling
  • Visceral Manipulation
  • Nerve Manipulation
Yong Hok Nian

Yong Hok Nian

Bachelor of Physiotherapy (Hons) – Universiti Tunku Abdul Rahman

Specialize in:

  • Geriatric Rehabilitation
  • Spinal-related dysfunction

Certified in:

  • HVLA Spinal Manipulation

Feedback Pelanggan Kami

" Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dengan izinNya anak saya yang tiba2 mengidap Bell Palsy menyebabkan mulut, mata dan hidung anak saya senget tiba-tiba..sembuh dan baik sepenuhnya..anak saya menerima rawatan di Your Physio Rehab Alam Damai dan menerima rawatan selama 6 sesi..alhamdulillah berkat rawatan anak saya dengan doktor Fatima Zahra binti Rusly.. keadaan dia sekarang sembuh sepenuhnya.. Terima kasih doktor Fatima Zahra merawat anak saya sepanjang tempoh rawatan..TERBAIK. Kalau anda mempunyai simpton yang sama atau pun memerlukan rawatan physio datanglah ke sini insyaallah anda pasti berpuas hati..👍🏻👍🏻👍🏻 "

Ida Hilmah

" Fasiliti cantik dan lengkap dengan peralatan latihan terapi. Saya hanya sempat jalani phisio therapy selama 2 bulan saja dgn ahli fisio yang sangat professional merawat saya. Kecederaan patah saya agak serius tapi dengan bantuan terapi dari Mr Chow kesihatan saya makin baik. Gonna recommend this place to everyone! "

Huzaifah Zaini

" Your physio ini memang bagus buat rawatan apalagi bagian sakit tulang atau badan bagian belakang mmng ampuh , terima kasih atas rawatan miss Patimah yg tlh menyembuh kn secara baik. "

Saskya putri Hendra sanjaya

" I did a set of treatment session for my back and shoulder pain. After I complete the whole treatment, I felt relieved and the pain has lessen tremendously. Thank you to Ms. Fatima for providing great service and consulted me when I had questions regarding the treatments. Highly recommended! "

Faudziah Ismal

" Thank you so much to Puan Hidayah for her excellent service and knowledge sharing. She treated my mother who has shoulder pain for many years. After my mom did a few time of physiotheraphy sessions, she feel so much better and the shoulder pain reduces over the time. The place is nice and very condusive and well equipped. Definitely will recommend Your Physio to my family and friends 👍🏻👍🏻 "

Zati Anuar

" The best service!!! My collar bone getting much better each day i come here! Tq,kepada jurufisio fatima, Min & Ling♥ "

Rosmaiza Abdul Halim

Kami Menunggu Kedatangan Anda

Emel

fei2809@gmail.com

Telefon

014-6805691

Waktu Operasi

Isnin – Sabtu (9am-6pm)

Ahad (9am to 1pm)

7, Jalan Ambong Kiri 2,
Kepong Baru,
52100 Kuala Lumpur